Muatturun Aplikasi Kami!

Bagaimana untuk mula menggunakan aplikasi Ketik

Cipta Akaun

Sebelum anda boleh mula menggunakan aplikasi Ketik, anda perlu mendaftar akaun. Untuk mendaftar akaun, sila ikut langkah seperti berikut:

1. Pergi ke ketik.my dan klik Daftar Sekarang .

2. Isikan Maklumat Peribadi anda.

3. Selepas selesai mengisi maklumat peribadi, klik butang Next untuk ke halaman seterusnya.

4. Isi Maklumat Organisasi anda. Klik butang Next untuk ke halaman seterusnya, klik butang Previous jika anda ingin mengubah butiran dan kembali ke laman sebelumnya.

5. Akhir sekali, isi Maklumat Cawangan anda. Setelah selesai, klik butang Submit untuk melengkapkan pendaftaran. Kini, akaun Ketik anda telah berjaya dicipta!

Log masuk ke Ketik.my

Selepas mencipta akaun, anda kini boleh terus log masuk ke ketik.my. Anda akan dilanggan pelan percubaan 7 hari secara percuma untuk bermulaan. Untuk meneruskan log masuk, sila ikut langkah seperti berikut:

1. Pergi ke halaman log masuk ketik.my dan masukkan e-mel dan kata laluan yang didaftarkan.

Klik butang Sign in . Sekiranya log masuk berjaya, anda akan dihalakan ke laman utama Ketik.my.

Tinggalkan Balasan

ms_MYMalay