Muatturun Aplikasi Kami!

Bagaimana untuk melihat Dashboard

Dashboard membolehkan pengguna mengurus dan melihat rumusan data, dan boleh ditapis mengikut bulan. Untuk melihat Dashboard, sila ikut langkah seperti berikut:

Dashboard Anda

1. Klik tab “Dashboard” pada menu sidebar.

2. Sekarang, anda akan berada di tab "My Dashboard".

3. Di sini, anda boleh melihat rumusan kehadiran anda seperti jumlah hari dan waktu bekerja, masa rehat dan cuti anda. Anda juga boleh melihat rekod jam masuk dan keluar terkini anda di bawah rumusan data.

Dashboard Organisasi

Catatan: Dashboard Organisasi hanya boleh dilihat oleh superadmin sahaja.

1. Pada Dashboard, klik pada tab “Organization Dashboard”.

2. Sekarang, anda akan berada di halaman “Organization Dashboard”.

3. Di sini, anda boleh melihat rumusan data organisasi seperti jumlah cawangan, staf, kawasan liputan dan kod QR. Anda juga boleh melihat data statistik mengenai jam masuk dan keluar staf organisasi mengikut status.

Dashboard Cawangan

Catatan: Dashboard Cawangan hanya boleh dilihat oleh branch admin sahaja.

1. Pada Dashboard, klik pada tab “Branch Dashboard”.

2. Sekarang, anda akan berada di halaman “Branch Dashboard”.

3. Di sini, anda boleh melihat ringkasan data cawangan seperti jumlah supervisor, staf, kawasan liputan dan kod QR. Anda juga boleh melihat data statistik mengenai jam masuk dan keluar staf cawangan mengikut status.

Tinggalkan Balasan

ms_MYMalay