Ciri ini akan membolehkan pengguna menaik taraf pelan langganan Ketik.my. Untuk makluman, pengguna hanya boleh menaik taraf kepada pelan yang lebih tinggi berbanding pelan semasa mereka sahaja. Untuk menaik taraf pelan, sila ikut langkah seperti berikut:
1. Dari halaman utama, klik “Subscription” pada menu sidebar.

2. Sekarang, anda akan berada di halaman "Plan List". Pilih pelan yang ingin dilanggan. Anda juga boleh melihat sejarah langganan anda di bawah senarai pelan.


3. Selepas anda memilih pelan, anda akan dihalakan ke halaman “Payment Checkout”. Di sini, anda boleh melihat jumlah harga untuk pelan (sebulan/tahun), serta diskaun prorata (jika ada), sebelum meneruskan pembayaran.

4. Klik butang “Proceed Payment” untuk meneruskan pembayaran. Anda akan dihalakan ke halaman gerbang pembayaran.

5. Setelah selesai melakukan transaksi, anda akan dihalakan ke halaman ini. Kini, anda telah berjaya menaik taraf pelan langganan Ketik.my anda.