Ciri ini membolehkan branch admin menambah QR & pin cawangan baharu. Untuk menambah QR & pin baharu, sila ikut langkah seperti berikut:
1. Pada bahagian atas tengah halaman, klik pada tab βBranch QR & Pinβ.
2. Anda akan berada di halaman βQR Code & Pinβ. Di sini, anda boleh melihat senarai kod QR dan pin cawangan anda.
3. Klik butang β+ Add a New QR Code & Pinβ untuk menambah kod QR dan Pin.
4. Sekarang, anda akan berada di halaman βAdd a New QR Code & Pin Locationβ. Pilih kawasan liputan dan nama lokasi skrin untuk kod QR dan pin.
5. Setelah selesai mengisi data, klik butang “Save and Create QR Code & Pin” dan kod QR dan Pin baharu anda telah berjaya dicipta.